Khamis, 30 Julai 2020

Anda Malu Bertutur Bahasa English


Anda tahu tak? Sifat MALU ialah salah satu sebab mengapa seseorang itu lemah dalam Bahasa Inggeris.

Sebenarnya tidak salah bersifat PEMALU kerana ia boleh menjadi benteng agar anda tidak melakukan perkara yang tidak elok contohnya, tidak meragut beg pejalan kaki kerana MALU jika ditangkap polis

Tetapi anda BERSALAH jika anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris. Apa yang menyebabkan anda malu bertutur dalam Bahasa Inggeris?

  • Anda malu akan ditertawakan oleh teman sekerja anda?
  • Anda malu akan menjadi bahan gurauan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling anda?

Singkirkan sifat negatif ini dari diri anda. Sebenarnya tiada sesiapa yang akan mentertawakan anda, anda sahaja yang rasa ditertawakan.

Letak sifat malu ini ke tepi buat seketika. Mulalah bertutur dalam Bahasa Inggeris. Anda tidak perlu malu kerana anda bukannya melakukan perkara yang tidak baik. Sebaliknya anda sedang berusaha melakukan perkara yang baik untuk diri anda. Banyak peluang menanti anda sekiranya anda fasih dalam Bahasa Inggeris.




.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

5 Faktor Kritikal anda GAGAL Dapat Keputusan Cemerlang

Klik Di Sini Ingin lulus MUET dengan cemerlang? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan...